
2.0 MOTO UBK : Pelajar Cemerlang Sekolah Terbilang
3.0 GURU-GURU UBK 2011
SAMT Sultan Hisamuddin telah memiliki tiga orang guru bimbingan & kaunseling. Namun demikian hanya dua orang sahaja yang menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. Mereka ialah: Pn Rafidah Bt Yunus, Pn Nor Hasida Kamarudin dan Pn Suriyana Bt Harun. Butiran lanjut guru sila klik disini
4.0 UBK, telah mensasarkan enam fokus aktiviti bagi memudahkan penilaian dan pencapaian objektif , iaitu:
· Kemaskini sistem maklumat
· Khidmat Sedia dan Ceria
· Khidmat sokongan & Bantuan kepada unit-unit lain
Pencapaian setiap unit seperti berikut:
i- Mesra UBK- Empat objektif utama yang ingin dicapai telahpun berjaya dicapai. Bilik UBK telah dibaik pulih dengan pemasangan karpet dan bilik sesi yang lebih kondusif dan teraputik. Satu pengubahsuaian tatarias bilik juga telah selesai dijalankan selama dua bulan Febuari dan Mac. Hasilnya bilik UBK sekarang lebih ceria dan memberikan keselesaan kepada semua khasnya klien yang memerlukan perkhidmatan. Jadual bertugas PRS juga telah disediakan. Bagi mencapai objektif UBK lebih dikenali dan dekat di hati warga SAMTSH UBK telah mensasarkan sekurang-kurangnya 3 Sesi Bersama UBK di Dataran Perhimpunan sekolah. Bermula pada bulan Febuari 2010 semua PRS diwajibkan memakai baju PRS berwarna ungu. Guru-guru UBK juga digalakkan memakai baju berwarna ungu sebagai warna tema UBK seluruh negara.
ii- Semua sistem maklumat UBK masih dalam proses. Antara yang akan dikemaskini; Sistem Perfailan,Sistem Inventori,Disiplin,Bahan Rujukan dan Alat Bantu. UBK menjangkakan ia akan dapat diselesaikan menjelang 2012.
iii- Khidmat Sedia dan ceria.
UBK telah berjaya meningkatkan jumlah klien yang datang meminta perkhidmatan UBK dari semua tingkatan 1 hingga 6 Atas, guru-guru dan kakitangan sokongan serta pekerja-pekerja lain yang berkaitan sekolah seperti kantin dan pembersih kawasan. Ini menunjukkan perkhidmatan UBK telah dapat ditingkatkan dari segi keberkesanannya dan dekat di hati warga sekolah.(Sila rujuki dalam laporan kaunseling kelompok dan individu).

UBK juga terlibat dalam program-program pembangunan profesionalisme guru dan kakitangan serta pelajar dengan menjadi agen pembantu aktif dalam latihan-latihan dan kursus juga sesi motivasi yang diadakan oleh unit-unit lain seperti; Jawatan Kuasa Kurikulum,Ko-Kurikulum,LADAP,BADAR dan Disiplin.
UBK juga telah berjaya menjalankan beberapa program memberi maklumat: seperti Maklumat Pemilihan aliran dan mata pelajaran, Kerjaya, IPT dalam dan luar negara, Biasiswa dan Kebajikan,Kesihatan,Disiplin,Kemahiran Asas PRS,Pengawas sekolah,Pimpinan Persatuan dan Unit Beruniform,Pemilihan aliran dan mata pelajaran.
GBKSM juga telah terlibat dalam lawatan, kursus dan latihan intensif bimbingan dan kaunseling serta mesyuarat-mesyuarat pengurusan UBK dan unit-unit di bawahnya di peringkat daerah Klang. Ini diharapkan semua GKSM dan GBK dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam mengurus dan mengendalikan perkhidmatan UBK yang lebih berkesan di sekolah. (Sila rujuki senarai lawatan,kursus dan mesyuarat yang dihadiri oleh GKSM dan GBK sekolah.


Melihat budaya sekolah yang positif serta situasi masyarakat sekolah yang selamat merupakan hasrat dan impian serta kegembiraan kepada semua warga sekolah dan petunjuk kepada pencapaian matlamat kewujudan UBK di sekolah, apatah lagi sekolah agama seperti SAMT Sultan Hisamuddin ini.
No comments:
Post a Comment