Wednesday 21 September 2011

Pengenalan Perkhidmatan UBK SAMTSH

UBK adalah unit yang menjurus peranannya terhadap aspek pembinaan dan perkembangan diri murid. JUSTERU UBK merasa bertanggung jawab memastikan unit ini dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan sebaik mungkin. Bagi memudahkan penilaian dan melihat pencapaian hasil sesuatu aktiviti yang telah dirancang mencapai objektifnya, UBK merangka pelan perancangan strategik yang dikira relevan untuk dijayakan  sepanjang tahun. Penilaian berikut adalah berdasarkan apa yang telah dirancang yang ingin dijayakan bagi membantu mencapai misi dan visi sekolah ke arah kecemerlangan yang dicita-citakan.

2.0              MOTO UBK :   Pelajar Cemerlang Sekolah Terbilang

3.0              GURU-GURU UBK 2011
SAMT Sultan Hisamuddin telah memiliki tiga orang guru bimbingan & kaunseling. Namun demikian hanya  dua orang sahaja yang menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa.  Mereka ialah: Pn Rafidah Bt Yunus, Pn Nor Hasida Kamarudin dan Pn Suriyana Bt  Harun. Butiran lanjut guru sila klik disini arun Harun                 

4.0           UBK, telah mensasarkan enam fokus aktiviti bagi memudahkan penilaian dan pencapaian objektif  , iaitu:

·         Mesra UBK
·         Kemaskini sistem maklumat
·         Khidmat Sedia dan Ceria
·         Khidmat sokongan & Bantuan kepada unit-unit lain


Pencapaian setiap unit seperti berikut:
i-                 Mesra UBK- Empat objektif utama yang ingin dicapai telahpun berjaya dicapai. Bilik UBK telah dibaik pulih dengan pemasangan karpet dan bilik sesi yang lebih kondusif dan teraputik. Satu pengubahsuaian tatarias bilik juga telah selesai dijalankan selama dua bulan Febuari dan Mac. Hasilnya bilik UBK sekarang lebih ceria dan memberikan keselesaan kepada semua khasnya klien yang memerlukan perkhidmatan. Jadual bertugas PRS juga telah disediakan. Bagi mencapai objektif UBK lebih dikenali dan dekat di hati warga SAMTSH UBK telah mensasarkan sekurang-kurangnya 3 Sesi Bersama UBK di Dataran Perhimpunan sekolah. Bermula pada bulan Febuari 2010 semua PRS diwajibkan memakai baju PRS berwarna ungu. Guru-guru UBK juga digalakkan memakai baju berwarna ungu sebagai warna tema UBK seluruh negara.
ii-                  Semua sistem maklumat UBK masih dalam proses. Antara yang akan dikemaskini; Sistem Perfailan,Sistem Inventori,Disiplin,Bahan Rujukan dan Alat Bantu.  UBK menjangkakan ia akan dapat diselesaikan menjelang 2012.
iii-                Khidmat Sedia dan ceria.
      UBK telah berjaya meningkatkan jumlah klien yang datang meminta perkhidmatan UBK dari semua tingkatan 1 hingga 6 Atas, guru-guru dan kakitangan sokongan serta pekerja-pekerja lain yang berkaitan sekolah seperti kantin dan pembersih kawasan. Ini menunjukkan perkhidmatan UBK telah dapat ditingkatkan dari segi keberkesanannya dan dekat di hati warga sekolah.(Sila rujuki dalam laporan kaunseling kelompok dan individu). 
 
 UBK juga terlibat dalam program-program pembangunan profesionalisme guru dan kakitangan serta pelajar dengan menjadi agen pembantu aktif dalam latihan-latihan dan kursus juga sesi motivasi yang diadakan oleh unit-unit lain seperti; Jawatan Kuasa Kurikulum,Ko-Kurikulum,LADAP,BADAR dan Disiplin.
  UBK juga telah berjaya menjalankan beberapa program memberi maklumat: seperti Maklumat Pemilihan aliran dan mata pelajaran, Kerjaya, IPT dalam dan luar negara, Biasiswa  dan Kebajikan,Kesihatan,Disiplin,Kemahiran Asas PRS,Pengawas sekolah,Pimpinan Persatuan dan Unit Beruniform,Pemilihan aliran dan mata pelajaran.

    GBKSM juga telah terlibat dalam lawatan, kursus dan latihan intensif bimbingan dan kaunseling serta mesyuarat-mesyuarat pengurusan UBK dan unit-unit di bawahnya di peringkat daerah Klang. Ini diharapkan semua GKSM dan GBK dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam mengurus dan mengendalikan perkhidmatan UBK yang lebih berkesan di sekolah. (Sila rujuki senarai lawatan,kursus dan mesyuarat yang dihadiri oleh GKSM dan GBK sekolah.
    UBK merupakan ahli dalam jawatankuasa Disipin sekolah dan PIBG. Justeru UBK telah terlibat langsung dalam membantu pelaksanaan aktiviti Disiplin  dan menjadi AJK pelaksana program PIBG, seperti: AJK dalam Program Belain Kasih 1 dan 2, AJK Dewan dan Buku Cenderahati dalam Majlis Perasmian Sekolah oleh DYMM Sultan Selangor pada 29 April 2010. UBK juga akan terlibat langsung selaku pelaksana utama program Keibubapaan yang dijalankan .
    
Akhir kata, membangun UBK sebagai agen perubahan kepada pembangunan modal insan bukan sahaja memerlukan perancangan yang baik, kerjasama yang jitu di kalangan ahli yang berkaitan tetapi ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. GBKSM yang bertindak selaku penyelaras semua program UBK perlu menghayati falsafah,prinsip dan etika perkhidmatan dengan sebaik mungkin bagi memastikan UBK dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan di sekolah.    

Melihat budaya sekolah yang positif serta situasi masyarakat sekolah yang selamat merupakan hasrat dan impian serta kegembiraan kepada semua warga sekolah dan petunjuk kepada pencapaian matlamat kewujudan UBK di sekolah, apatah lagi sekolah agama seperti SAMT Sultan Hisamuddin ini.

DASAR UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling individu dan kelompok secara profesional dan beretika.
2. Menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar secara optimum.
3. Meningkatkan potensi pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis.
4. Melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
5. Mendedahkan pelajar kepada bidang kerjaya dan peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.